Sekapur Sireh

 

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t Pencipta Sekelian Alam.

Selamat Datang ke Laman Sesawang Persatuan Veteran ATM (PVATM). Laman ini khusus untuk beribu-ribu lelaki dan wanita dan ibu-ibu serta bapa-bapa dari seluruh negeri dalam Malaysia yang telah membuat pengorbanan muktamad untuk kebaikan rakyat bebas di mana-mana. Bantu kami membantu veteran dan keluarga mereka.

– Pengurusan PVATM.

Slide1

KARNIVAL USAHAWAN VETERAN ATM

Karnival Usahawan Veteran ATM akan diadakan pada 30 & 31 Mei 2015 di Perkarangan Masjid TUDM, Subang. Kehadiran pengunjung dijangka lebih 5000 orang. Banyak aktiviti-aktiviti menarik. Pameran dan jualan dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam. 100 lot disediakan dengan bayaran berikut:

–  Tapak 20 x 10 = RM480.00
–  Tapak 10 x 10 = RM380.00
–  Car Booth Sales = RM180.00 (terhad kepada 20 lot).

Tarikh tutup permohonan adalah 22 Mei 2015. Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Azhar (0192423117) atau Zaini  (0192156070).

MESYUARAT PERTAMA SIDANG MEJA BULAT PERSATUAN DAN KELAB VETERAN

BINCANG1MEJABULAT 12MEI15

Mesyuarat diPengerusikan oleh Kapt Sharuddin bin Hj Omar (Bersara), Timbalan Presiden PVATM yang diadakan pada 12 Mei 2015 di Bilik F.W.Palmer, Ibu Pejabat PVATM, Tingkat 3, Wisma Pahlawan, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur.

PERUTUSAN PRESIDEN PVATM SEMPENA PERLANTIKAN BELIAU SEBAGAI SENATOR

YB SENATOR

Assalammualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.

Pada hari Khamis, 23 April 2015, Alhamdulillah, saya telah mengangkat sumpah sebagai seorang Senator di Dewan Negara Malaysia. Saya berasa sangat berbangga dan terhormat di atas perlantikan ini. Saya bersyukor ke hadrat Allah Subhanahuwataala dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB. Perdana Menteri, YB. Menteri Pertahanan dan Kerajaan Malaysia di atas perlantikan dan kepercayaan yang telah diberi kepada saya di atas perlantikan ini.

Saya menganggap perlantikan saya ini bukanlah secara peribadi tetapi sebagai Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), untuk mewakili komuniti veteran Angkatan Tentera Malaysia di Dewan Negara yang teragung ini. komuniti veteran Angkatan Tentera Malaysia telah tidak mempunyai wakil di Dewan tersebut sejak tahun 2006 dan perlantikan ini, saya percaya, sudah sampai masanya.

Saya percaya perlantikan ini akan membolehkan saya, sebagai seorang veteran Angkatan Tentera, menyuarakan pelbagai rayuan komuniti veteran Angkatan Tentera dan keluarga mereka di atas nasib dan keselesaan hidup mereka. Selain dari itu, perlantikan ini juga akan membolehkan saya menarik perhatian rakyat, melalui ahli-ahli terhormat Dewan Negara di atas sumbangan dan pengorbanan kita dan keluarga kita semasa kita berada di dalam Angkatan Tentera pada satu ketika dahulu. Beberapa rakan seperjuangan kita telah terkorban dan beberapa orang lagi telah mendapat kecederaan semasa bertempur dengan pihak musoh Negara. Selain dari itu, perlantikan ini akan membolehkan saya, sebagai seorang veteran Angkatan Tentera menyuarakan pandangan dan cadangan di atas hal-hal lain, khususnya hal-hal berkaitan dengan pertahanan, keselamatan dan ketenteraman Negara yang akan dibincang di Dewan tersebut, dari sudut seorang yang mempunyai pengalaman dalam hal-hal tersebut.

Saya berpendapat, tidaklah perlu saya meluahkan segala rayuan dan rintihan komuniti veteran Angkatan Tentera di Dewan tersebut kerana saya percaya kita mempunyai saluran terus dan tersedia ada untuk membawa hal-hal berkaitan kepada pihak Kerajaan melalui JHEV, Kementerian Pertahanan dan lain-lain agensi Kerajaan yang berkaitan. Dengan itu saya berharap para veteran Angkatan Tentera tidaklah berharap yang saya akan meluahkan setiap rayuan dan kesusahan kita sebagai veteran Angkatan Tentera di Dewan yang mulia ini.

Saya berharap setiap anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia sama-sama merasa bangga di atas perlantikan ini dan saya merayu mereka untuk terus memberi saya sokongan padu untuk menjalani peranan dan tanggung-jawab saya sebagai seorang Senator, demi untuk kebaikan dan masa depan komuniti veteran Angkatan Tentera Malaysia, dan demi untuk Negara yang kita sama-sama kasihi.

Agar Allah merestui perlantikan ini dan memberi saya petunjuk dan keberanian untuk menjalani tanggungjawab saya sebagai seorang Senator, Insya’ Allah.

Sekian, Salam Satu Perjuangan, Satu Matlamat!

Wabilahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

YB. SENATOR LAKSAMANA TAN SRI MOHD ANWAR  HJ MOHD NOR, (BERSARA)
Presiden
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)

25 April 2015

 

Powered by WordPress | Designed by: suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv